Tuesday 21 February 2017

MOHON ZAKAT SAMBUNG DEGREE IPTA 2017

Hai,

Semalam I buat entry pasal nak MOHON PTPTN SAMBUNG DEGREE and harini I terlebih rajin nak update cara nak mohon zakat pulak hewhewhew. Anda yang dapat tawaran sambung belajar tu boleh mohon zakat tapi kalau berkemampuan bagi la peluang dekat yang tak mampu pulak ya. Basically apa yang I update ni base on Lembaga Zakat Negeri Kedah sebab I orang Kedah. Yaaaaa ceq oghang Kedah. Hempa tau dak payahnya buat entry kena berlakon bahasa baku ni. Hipokrit tu Allah ja yang tau. Hahaha. Dah kalau cakap Kedah satgi ada yang tak paham plak. Hahaha susah betoi.

Okay untuk orang Kedah, borang zakat kena print online dah sekarang ni. Dulu masa Diploma I ambik borang dekat Menara Zakat tapi tahun ni 2017 bila I pi Menara Zakat nak ambik borang guard kata kena masuk Website Zakat Negeri Kedah dan print borang tu. Borang yang boleh ambik kat Menara Zakat tu kalau anda dapat sambung belajar ke Jordon or Mesir. Lembaga Zakat Negeri lain I tak sure ya kena online or walk in.

Gigih la I balik rumah terus search Website Lembaga Zakat Negeri Kedah pastu cari borang tu.


Okay klik dekat MOHON BANTUAN ZAKAT tu dan..........................................


 Klik Derma Siswa tu. Sekali lagi nak ingatkan permohonan ni untuk yang dapat IPT TEMPATAN sahaja tau..


Then dia terus keluar PDF. Kalau ada printer kat rumah boleh terus print. Kalau tak ada masukkan dalam pendrive print dekat kedai.

Salinan-salinan tu semua biasalah kena provide siap cop Pegawai Tinggi. Macam I dok kampung ja kena dapatkan cop JKK Kampung Kalut eh tak Kampung Telaga Mas hehehe. Yuran IPT kena bayar dulu ya sebelum mohon zakat ni sebab dorang nak bukti resit kita bayar yuran tu.

Antara yang lain, ada satu lagi yang penting. LZNK nak salinan resit zakat harta kalau anda bayar zakat harta lah kalau bayar zakat fitrah LZNK nak kupon asal tu haaaaa. Cepat cari balik kat mana simpan. HAHAHA

Dah selesai isi semua sampai biol kepala otak siap cop JKK bagai boleh terus hantar ke Menara Zakat tingkat bawah tu. Alah kalau taktau nanti tanya guard situ. Lepas hantar balik rumah boleh senyum-senyum tunggu duit masuk dalam masa 3 bulan lagi. Haih siksa betoi penyiksaan menunggu ni tapi tunggu ja la jangan stress stress tau.....

Thanks for reading!